Wednesday 16 May 2012

MARI MENJAWAB KUIZ~~




Namakan jenis dadah yang diambil dengan cara menghidu melalui hidung?

           A) Halusinogen                                   B) Psikotrapik
           C) Inhalant                                          D) Depresen

Inhalant tidak ditakrifkan sebagai dadah tetapi banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya. Berikan satu contoh inhalant?

           A) Pemetik api                                    B) Methaqualone
           C) Heroin                                            D) Marijuana




Berikut adalah kesan pengambilan jangka pendek bagi dadah jenis stimulan (kokain) kecuali?
           A) Kurang selera makan                     B) Halusinasi
           C) Degupan jantung laju                     D) Kematian

_______ ialah bahan perubatan untuk menidurkan pesakit atau melegakan kesakitan namun mempunyai potensi yang tinggi ketagihan jika diambil dengan tidak terkawal.
            A) Syabu                                           B) Morfin
            C) Kokain                                         D) Ketamine


 






AKTA DADAH BERBAHAYA, 1952

Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :-
  • 15 gram atau lebih berat heroin
  • 15 gram atau lebih berat morfin
  • 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.


Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 1,000 gram atau lebih berat candu masak
  • 1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
  • 200 gram atau lebih berat ganja
  • 200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 40 gram atau lebih berat kokain
  • 2,000 gram atau lebih berat daun koka
  • 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 50 gram atau lebih berat Amphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB)
  • 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET)
  • 50 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
  • 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta

Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat heroin
  • gram atau lebih berat morfin
  • gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 250 gram atau lebih berat candu masak
  • 250 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
  • 50 gram atau lebih berat ganja
  • 50 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 15 gram atau lebih berat kokain
  • 750 gram atau lebih berat daun koka
  • 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 30 gram atau lebih berat Amphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET)
  • 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA
  • 30 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA)
  • 30 gram atau lebih berat N-ethyl MD
  • 30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA
  • 30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine
  • 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)


Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.


Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.


Sumber Maklumat:http://www.adk.gov.my

KESAN DADAH KEPADA MANUSIA

Tuesday 15 May 2012

JENIS JENIS DADAH



PENGELASAN DADAH 
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:
OPIAT : heroin, morfin, candu mentah, candu masak dan kodeina
KANABIS : ganja dan hasyis
PENEKAN : bahan sedatif – hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer
PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain
HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina


BUNGA POPI
NARKOTIK
 Papaver somniferum – pokok popi yang boleh menghasilkan opiat
Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin
Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedut nya melalui hidung dan dihisap seperti rokok.
Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat ) dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.

Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:
Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

JENIS NARKOTIK 
Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.

BAHAYA NARKOTIK 
Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlu
kannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterus nya menjadi ketagih.

KANNABIS

GANJA DAN HASHISH

Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC. Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan.Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tinggi. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.

BAHAYA KANABIS
Kanabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulung seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung, kaki dan tangan.Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.



KOKAIN

KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes. Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan
Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.
Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa. Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.

BAHAYA KOKAIN
Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.




HALUSINOGEN

HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung (Datura stramomium). Dadah Halusinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di atas tumbuhan Rye.

Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin. Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.


Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik. Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.

Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.
Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura stramonium) yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang sama pada kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan terhadap sistem saraf pusat.
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi.
Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. 

Kesan halusinogennya menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.
Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico. Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun demikian kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat sehinggakan penagih boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.


APA ITU DADAH


Apa itu DADAH?


Dadah atau "drug" adalah bahan asli atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang mengunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh berfungsi.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.